Follow Coach Lynda in Instagram @coach_lyndahbl

https://www.instagram.com/lynda_coachhbl/

Sunday, December 31, 2017

Kpop Konsert In Malaysia - Running Man dan GD Big - Bang

Assalamulaikum.

Tahun 2017 adalah tahun aku akhirnya berjaya jumpa artis Korea "feeling proud" hahahaha.Kawan-kawan seusia aku sibuk dengan kahwin dan bina keluarga aku pula sibuk nak jumpa artis Korea kan?Memang begitulah hidup ini ada perancangan yang berbeza.Rezeki mana datang dulu kita grab je la okey you all.

Aku ne bukan sahaja layan Kdram tapi juga dengar lagu-lagu kpop.Ehh you all variety show pun aku layan.Aku suka sangat variety show Korea ne sebab artisnya jujur dan fun.Takde hurt feeling macam artis Malaysia.Sikit-sikit nak saman artis itu ini.Dulu, maksud aku tahun awal 2011 jarang nak jumpa lagu kpop  siap translate bahasa English.Nasib baik la sekarnag ne mostly lagu-lagu Korea sudah di translate ke dalam bahasa English jadi mudah la kita faham dan feling sendiri-sendiri 💁🏻.

Aku ingat dulu ketika aku di Diploma aku suka pasang lagu Kpop.Masa tu aku suka lagu-lagu TVXQ, SS501 , Big-Bang dan Shinee.Lagu fresh dan choreography amazing.

So tahu ini aku telah  berjaya ke  konsert yang aku tak pernah terbayang cuma pernah la aku plan je dulu sebab dulu takde la artis Korea datang Konsert di Malaysia kalau ada pun duit takde weyh.Student kan pinjam PTPTN je.Syukurlah sekarang ada kemampuan dan  makin ramai artis kpop turun ke Malaysia pula.Happpppyy sangat !

Running Man

 



Running Man ne adalah konsert pertama artis Korea aku join.Dulu aku skip-skip episode Running Man ne tapi  awal tahun 2016  aku fokus pula tengok.Lucu  sangat host-host dan games dalam Running Man ne kiranya aku baru perasaan yang Running Man ne adalah program tv yang super fun.Di usia aku 28 tahun ne aku boleh layan Running Man sebab akuboleh  ketawa terbahak-bahak tidak sedar diri gitu akhirnya sebab kes jatuh cinta sampai tengok balik dari episode 1.Hahahaha.Habis quote aku setiap bulan sebab nak tengok Running Man je. 

Bila Running Man umumkan ada Fan Meeting aku memang dah decided untuk pergi.Aku siap da nak fly ke Bangkok kalau Running Man tak datang Malaysia.Nasib baik awal-awal di umum Running Man turun Malaysia.Aku super excited sebab boleh tengok live host-host Running Man ini lagi-lagi Song Ji Hyo.She is so damn beautiful.




Aku seorang je pergi tengok fan meeting Running Man ne.Adik tak minat Running Man so aku pergi seorang je la.Yalah kita ne bukannya remaja nak ajak kawan-kawan kan.Masing-masing ada komitmen dan kita pun bukannya ada minat yang sama.Memang kalau da usia macam aku ne jarang la nak bersama-sama kawan-kawan have fun tengok konsert macam time student-student.So pergi seorang la sebab kita je yang minat kan.

Sejujurnya aku puas hati denagan konsert fan meeting Running Man live in Malaysia ne sebab memang dapat tatap wajah host-host yang di di minati.Aku tidak expect yang Kwang So hensem bila jumpa live.HaHa pun amazing performace juga.Ji Suk Jin yang da berusia 51 tahun tu pun masih nampak sangat muda okey.Seriously, lelaki kena belajar jaga penampilan supaya tetap nampak muda dari usia.

Satu je aku tak berapa nak puas hati  security dan pentas agak jauh dari VIP seat.Security halang habis-habis bila kita dekat dengan pagar.Aku macam nak sepak je security tu ye.Nasib aku sabar je.Lain lagi kita kena berlari ke depan stage untuk tengok mereka sebab VIP seat jauh dari stage.Tapi takpe la janji puas hati.

Aku actually lewat masuk dalam hall sebab time ne pun ada Herbalife training Leadership Development Weekend.Konsert start jam 6pm aku masuk jam 7pm.Aku terlepas awal persembahan lagu Big Bang.Tapi no problem sebab aku menikmati persembahan host-host Running Man.Thank you for coming to Malaysia.I love you all.












Jumpa kawan yang sama-sama suka tengok Running Man

Kita jumpa Amy Mastura.Peminat 


G-Dragon - Big Bang - Motte in KL 

 




Konsert ke dua adalah GD - Motte in KL you all.Aku bukan la peminat hard core Big Bang tapi aku suka lagu-lagu mereka yang super fresh and energetic gitu.Kali ne kawan aku yang ajak pula.Dia pemiant baru Big Bang okey.Jadi kebetulan ada konser GD ne dia pun excited la nak pergi.Aku pun layan je la kan.Yalah G-Dragon yang datang okey.Superstar siap yang tak nak tengok live .

Bukan senang nak dapatkan tiket Rock Zone konsert GD - Motte In KL ne.Kami terpaksa upah kawan Atiqah untuk belikan.Tiket Rock Zone ne cepat habis.Orang da berbaris awal sehari sebelum pun tiket di jual.Masuk hall pun guna angka giliran.So siapa dapat 1st tu dai la 1st masuk dengan senang tengok G-Dragon di depan pagar.Mata bertemu mata dengann G-Dragon okey.



Sangat lucu time nak fly ke Kuala Lumpur untuk tengok konsert GD ne sebab aku boleh lupa yang flight aku petang Jumaat tu.Aku siap pergi jalan-jalan dan lunch lagi dengan Coach Dayang dan Anie.Nasib baik Atikah call dan tanya if aku da siap packing sebab flight kami sama.Aku blur sangat time tu dan aku macam "minggu ne ke kosert GD?" Hahahahaha.Aku  confused sebab bulan September tu aku 2 kali turun Kuala Lumpur.So aku ingatkan minggu seterusnya lagi.Syukur alhamdulilah tak terlepas flight.

Luggage aku pun pinjam dengan kawan sebab memang da tak sempat ambil luggage dari rumah.Aku ambil je baju mana-mana yang memang ada di bilik sewa aku di Sinsuran ne.Cukup untuk 3 hari okey la kan kalau tak cukup kita shopping di Kuala Lumpur je.Settle.

Konsert G-Dragon Motte in KL seriously amazing ye.Walaupun crowded nak mampus tapi still aku puas hati.Bayangkan la kami di Rock Zone tapi macam nak terkehel kepala sebab stage tu macam jauh walaupun dekat.Semua sibuk nak keluar handphone nak rakam.

You all aku ne rendah je 153cm dan depan aku semua tinggi-tinggi dengan handphone merakam.Aku pun cuba cari juga posisi yang aku boleh tengok tanpa rakam sebab bateri handphone kau pun da nak habis.Aku just nak tengok live performance tapi susah sangat.Aku kadang-kadang terpaksa tengok screen sebab G-Dragon kecik je d pentas dan paling payah adalah stage dalam kegelapan campur kemerahan.Konsep stage G-Dragon sangat super tapi bagi aku kalau duduk di Rock Zone tak namapk sangat wajah dia sebab gelap.

Lain kali nek ke konsert bagus ambil yang seat biasa je boleh lagi menikmati persembahan pentas.G-Dragon pun kurang berinteraksi dengan peminat mungkin sebab dia pun tak fasih berbahasa English.Hahahaha.Dia cakap hangul bukan kau paham pun.

Malam tu kami balik dengan penat tapi berbaloi.happy.excited terutamanya Atiqah.Sampai hotel tengok balik konsert yang dia berjaya rakam.Kepenatan di sebabkan berbaris lama untuk masuk hall.Dari jam 2pm dan 7pm baru di benarkan masuk.Aku dan kawan yang aku baru kenal siap cari makan dulu.













Tak rugi pun pergi konsert-konsert Kpop.Aku lagi excited tengok artis Korea dari Hollywood okey.Pengalaman sangat la pergi konsert ne.Esok-esok da ada anak mustahil nak  join tengok konsert macam ne.Jadi sementara kita still single belum ada komitmen ne kita enjoy je apa yang ada.Esok-esok da tua ada la nak ceritakan dengan aank cucu gitu.


No comments: