Follow Coach Lynda in Instagram @coach_lyndahbl

https://www.instagram.com/lynda_coachhbl/

Wednesday, October 29, 2014

Futsal VS 5K Fun Run



Assalamualaikum. 

Jumaat & sabtu lepas  adalah hari untuk program Healthy Active lifestyle. Setiap kali 24th setiap bulan memang meriah la dengan program-program yang di anjurkan oleh Herbalife Malaysia.Kali ne kalau Herbalife di sabah program yang di anjurkan ada 2 : Futsal & 5K Fun Run.

Futsal
                                                   Before main

Bila pasal futsal terus pelik.Maklumlah  sudah lama tak main futsal ne.Last main futsal ne time Diploma part 3.Da berkurun lama tu.Pastu tiba-tiba pula main.Memang berat kaki aku ne nak menendang bola yang bulat tu.Nama group futsal  kami pula Vogue FC kemainnnn lagi.Hahahahah.Hot girls in the town kunun.Havoc gitu.Walaupun group kami kalah tapi not problem sebab matlamat utama adalah hanya untuk mengajar orang ramai untuk mengubah lifestyle mereka.


                                          After main :KALAH

5K Fun Run

Before ne aku pernah post pasal 5K FUN RUN organized by Herbalife.Aku tak tahu pun ada di sediakan medal.Kalau aku tahu berabis juga aku paksa coachee-coachee & bakal-bakal coachee aku datang.

Petang  sabtu berlangsung pula  5K FUN RUN satu Malaysia ne buat tau.Memang pagi sabtu tu tiadalah Saturday Fitdance sebab nak save energy la katakan  untuk larian petangnya.Program 5K FUN RUN ne sangat-sangat  best . Minta maaf la overrrr excited sampai update blog pasal 5k fun run.(Motif utama aku update blog).Bukanlah aku ne tak pernah berlari.Aku berjogging itu selalu juga tapi berlari & jogging itu tidak sama ya anak-anak. sebelum aku kenal fitclub & tabata work out suka juga la aku jogging-jogging ne tapi tak selalu.


Actually 5K Fun Run ne bukan pertandingan pun.Just salah satu program berkaitan dengan Healthy Active Lifestyle by  Herbalife.so takde yang kalah & menang.Cuma kalau nak cabar kemampuan diri tu memang inilah masa yang terbaik.Macam aku buat la. Pasal 5K Fun Run ne.Aku ada juga la berlatih berlari a.k.a jogging untuk membiasakan diri aku berlari.Aaa…sekali jak pun pastu tak buat sampai la hari program.Hahaha.Tiba-tiba menyesal.Boleh ke aku lari ne.Malu juga la kalau berhenti tengah jalan.Kata coach pastu fitclub selalu takkan tak fit.Risau.


Dulu aku bila jogging memang tak pernah la aku target berapa masa&jarak yang aku perlu capai.So tahu-tahu jak aku da habis keliling 5 X 400m.Bayangakan berapa jauh tu.Tapi time tu aku buat macam tu & tak pernah rasa penat & boring sebab aku semangat nak kurus.Tapi sekarang tak sama situasinya.So motivasi tu kurang sikit.

Nasib dapat habiskan 5K Fun Run dengan cemerlang.Excited weyh peserta perempuan pertama yang sampai garisan penamat.Hahahaha.oke.over excited!Time lari tu memang tak sedar pun ada ke tidak peserta perempuan lain kat depan.Bila kawan-kawan cakap “weyh Lynda,ko tu peserta perempuan paling depan”.Apa lagi semangat la aku habiskan cepat-cepat.Hahahahha.Seriously memang tak larat lari  di pertengahan tu.Nasib uncle Mustafa husband aunty Liza bagi semangat.Thank you uncle.:D

Ne belum lagi 10K.Kalau ada 10K confirm aku hari-hari join uncle Zala jogging.Hahaha.Esoknya...sakit kaki aku macam 1st time buat Leg Day.Eh bukan selalu dapat medal dari Herbalife tau..medal ne berat.Aku pun pelik.Lagi berat dari medal-medal yang you all dapat dari sekolah atau sukan universiti.medal dari sekolah/universiti tu macam plastic.Ne aku tak tahu apa.Berbaloi sakit kaki.Hahahaha.kbai



                                                        Kak Zuha my coachee

                                      1st peserta yang sampai



p/s : Kalau anda rasa berjoging itu membosankan atau anda memerlukan motivasi & bimbingan untuk  turunkan berat badan & menjadi lebih fit anda di jemput untuk menyertai  group support kami (Fit club) yang berada berhampiran anda atau kalau anda penduduk kota kinabalu kindly email me @ lyn89_syah@yahoo.com tq.





Wednesday, October 22, 2014

Jom bersenam



 

Assalamualaikum.

Memandangkan Malaysia mengalami  masalah obesity yang sangat teruk  di sebabkan oleh pemilihan pemakanan yang tidak betul di tambah lagi kurang melakukan senaman.Maka kami telah menubuhkan group support demi untuk menyahut slogan “Healthy Active Lifestyle” dan di tambah pula dengan Pelancaran FitMalaysia oleh Menteri Sukan Malaysia YB Khairy Jamaluddin.So nasihat saya janganlah kita fit untuk sehari je.Senaman sehari je time program FitMalaysia datang ke negeri kita.Hahahahaha.Kan da terang-terang FIT FOR LIFE.

Jadi mesti kalau anda merupakan friend saya dalam facebook maka pastinya ada jeeee post pasal Fit club or Fit hour kan?.Jadi di sini saya dengan rendah hatinya ingin memperkenalkan kepada anda apa itu FIT CLUB.

Basically fit club ne adalah tempat untuk anda bersenam berramai-ramai bersama-sama instructor.Ada yang buat fit club ini di studio or gym so yang selalu join tu mestilah mereka-mereka yang betul-betul mementingkan senaman & pembinaan badan.Kalau di Malaysia ne jarang aku dengar orang panggil fit club yang pergi studio tapi kalau di luar negara memang kalau fit club selalunya di buat dalam studio/gym.

Tapi sejak Herbalife perkenalkan “Healthy Active Lifestyle”  fit club yang di lead oleh coaches ne macam cendawan tumbuh sebab setiap  bulan pada tarikh 24th 1 Malaysia ne akan mengadakan aktiviti senaman beramai-ramai & open for public.Gambar-gambar di bawah ne adalah antara aktiviti HAL di Sabah.






So pada 25th October 2014 akan adanya 5K RUN.Kalau nak join masih sempat lagi nak mendaftar.just PM.Hewhew.

Berbalik pada fit club pula fit club yang di kendalikan oleh coaches Herbalife di Malaysia ne yang bestnya tak buat di studio.Rata-ratanya  buat di padang yang lapang.Ada yang buat di tepi pantai,di taman tempat orang jogging kiranya memang public la semua.Sebab tujuan utama fit club adalah untuk memperkenalkan kepada anda tentang kepentingan bersenam.Lagi satu fit club ne adalah untuk menyedarkan masyarakat tentang cara pemakanan yang betul.That why kami selalu post  dalam facebook tentang 80% Nutrition & 20% exercise.Nampak tak pemakanan itu sangat penting untuk kita jaga??

Jadi sekarang aku nak memperkenalkan fit club yang baru kami tubuhkan  berlokasi di Alamesra berdepan 1Borneo.Fitclub ne di tubuhkan khasnya kepada mereka yang sukakan aktiviti-aktiviti berkumpulan.Bersenaman berkumpulan.Takde la seorang2  bersenam.Boring dan kurang motivasi.Fit club di Alamesra ne foku spada tabata & fitdance.Memang burn fat berabis la.Hahahahah.



                                              Fit club Alamesra

Group ini di lead oleh kawan aku Nursyafiqah Harun.Pika ne Masyallah da lost 19kg since she consumed Herbalife as her healthy breakfast.Bayangkan dulu dia tak mampu pun nak plank aku siap ketawa2 lagi time tu hahaha tapi sekarang she the one who lead this group.Pikaaa..you are so amazing!!

                                        Pika leading the group  on 24th Day


Setiap hari sabtu pula group support  kami akan berada di Taman Awam Likas.Its free for community.Lead by Aunty Liza Peter.Aunty Liza da berumur 45 tahun tapi lagi fit dari kami.Dia da consumed Herbalife product selama 5 tahun.Memang memalukan bila dia lagi fit dari kami yang muda ne sebab tu kami pun tak nak kalah.Hahahaha.


                                    Aunty Liza yang cool & fit

Jangan malu dan segan jom  kita sahut slogan FitMalaysia.Fit For Life.Area Kota Kinabalu if you Wanna join this amazing group support ??

Contact : 017 286 8966
 



Wednesday, October 8, 2014

Aku suka novel


Assalamualaikum.

Aku ada hobi yang sampai hari ne tak hilang & lenyap.Adakah anda tahu aku sangat suka baca novel cinta-cintu. Aku start menanam minat ini sejak tahun 6.bhahhahahha.Sebab aku suka baca novelah aku rajin baca buku untuk program NILAM.Memudahkan betul.zaman-zaman aku dulu mana ada sangat la budak-budak sekolah suka baca buku.usahkan baca pegang pun tak sudi.kecuali buku Teks sekolah.hahahahaha.tak tahu la lain tempat tapi kelas aku begitu la.:D
Cerpen-cerpen cinta aku memang berabis baca pastu sibuk berangan.hahahhahahha.baiklah aku harus akui aku memang suka berangan.hewhew.best pula tu berangan.Free je pun.
Tapi hari ne banyak sangat cerita novel di adaptasi ke drama.macam tak best.Nak tahu kenapa?sebab setiap pembaca ada imiginasi tersendiri tentang rupa watak-watak yang mereka baca.Kalau novel tu jenis yang emosi je mesti tak pasal-pasal aku pun join nangis.bhahhah.Tapi kat sini aku malas la nak upload-upload gambar novel-novel yang aku pernah baca.banyak sangat.huhu

Tapi sekarang ne aku luaskan genre pembacaan aku ke buku-buku berbentuk Self-Development.Best juga sebenarnya.Dengan  membaca buku-buku genre begini  sekali dapat improved diriku sendiri.Kat bawah ne antara buku-buku selfDevelopment yang aku baca.Moga kita jadi lebih baik dari semalam.