Follow Coach Lynda in Instagram @coach_lyndahbl

https://www.instagram.com/lynda_coachhbl/

Monday, February 28, 2011

Bila laptop overheat

Aku pening betul la dengan laptop aku akhir-akhir ne...selalu jak shut down tiba-tiba..BENCI eh!!!!aku tahu la ENGKAU overheat..tapi bila aku letak cooler pad masih juga sama!!
apa jak la!!!oke my laptop tolong la buat baik denga tuan engkau..sebelum aku campak ko g luar!

 HP Pavilion dv3Series
(Malas nak ambil gambar laptop sendiri..)

Di samping aku emo-emo pasal laptop kesayangan aku ne..aku sempat juga buat research pasal masalah- masalah berkaitan dengan overheat ne..

Meletakkan laptop kat riba
 
Haaa...bagi mereka2 yang suka sangat nak meletakkan laptop kamu yang canggih tu kat atas paha or riba..baiklah berhenti sekarang...sebab..ia boleh menyebabkan sindrom kulit terbakar dan kulit menjadi gelap secara kekal.

Nak tahu kenapa sampai macam tu sekali kesannya???Sebabnya.............

Suhu di bahagian bawah komputer boleh mencecah sehingga 52 darjah Celsius.
panas tu!!
 
Bagi pengguna komputer riba..sila la berhati-hati oke..ini merupakan beberap kes
yang telah di laporkan oleh jurnul-jurnul kesihatan 2007.Antaranya...kes..jeng..jeng
1 - Akibat dari kecuaian lupa nak menutupkan suis elektrik telah menyebabkan
seorang lelaki meninggal dunia akibat kurangnya peredaran udara di 
sofa yang telahmenyebabkan kebakaran berlaku.

2 -  Weston Super-Mare, United Kingdom- kebakaran berlaku apabila komputer riba yang terpasang atas katil menjadi panas dan membakar tilam dan api terus marak dan merebak ke seluruh pangsapuri.


                             Bayangkanlah kalau ini terjadi dengan laptop anda
              (Kalau aku mesti da meraung berabis..mama..aku tak nak lappy baru..
                aku jst nak maklumat yang ada kat dalam lappy aku tu je)

Mesti tak ramai yang tak sangka kebakaran juga berpunca dari komputer riba yang terlalu panas dan menyebabakan saluran pengudaraan tertutup dan akhirnya mengakibatkan peningkatan suhu mendadak maka terjadilah KEBAKARAN!
Ingat oke!!

   

Tuesday, February 22, 2011

Joging....tapi tak turun berat badan

Baru-baru ne aku selalu joging memandangkan dah ada teman nak g joging..siapa lagi kalau bukan JONETA...hihihi

Thanks Jo....:)

Sebenarnya aku selalu juga joging time Diploma dulu tapi yang peliknya berat badan aku tak juga turun-turun..
Setiap pagi hujung minggu mesti ada muka aku joging di padang FSR(Fakulti Sukan dan Rekreasi)..lain lagi hari-hari bekerja..oh...semangat aku nak turunkan berat badan time tu.Berat aku time diploma dulu 57 kg!!!memang tak seimbang dengan ketinggian aku yang just 148 cm je ne...T_T


                                    Aku joging pagi..time part 4 Diploma
                 time ne atiq la selalu jadi mangsa aku minta teman g padang FSR.

So masuk je sem 4 kat UITM PUNCAK PERDANA ne aku pun pasang la azam untuk turunkan berat badan tapi...tapi..before datang kat sini pun aku memang da lost weight pun....54 kg je....
jangan tanya kenapa yee sebab aku sendiri pun tak sedar yang aku ne da turun berat badan...hahahaha
tapi itu tak bermaksud aku tak akan joging sebab joging ne penting untuk memantapkan stamina kita...hihi..

Tapi kannnnnnn....

U all pernah terfikir tak...fikir sejenak...hihihi
kenapa walaupun kita joging bagai nak rak..hari-hari muka kita jee kat taman  tu yang sibuk-sibuk keliling padang sedangkan pegnhuni kat perumahan tu pun tak joging...hahhahahahha...


oke...oke....aku kata tadi joging bagai nak rak kan?kan?kan?tapi stiil juga berat badan sama tak turun..T_T
How sad........T_T
Nak tau sebabnya....ne ha sebabnya.....jeng..jeng...jeng...


Menurut Kevin Zahri..ala yang instructor femes tu

Sebab utama kamu yang di luar sana tu(termasuk aku la) tak turun-turun berat badan adalah kauorng tak tahu cara sebenar berjoging...ne bukan aku cakap oke...Kevin Zahri yang cakap....

KENAPA?KENAPA???KKKEEEENNNAAAAPAAAA????

1st---------Sebab anda tidak dapat mewujudkan kalori deficit (kalori masuk > kalori keluar).
2nd--------semasa sessi jogging, anda tidak membakar lemak tetapi glycogen.


Apa tu GLYCOGEN????

Ok badan kita mempunyai dua sumber tenaga: glycogen & lemak. Sebagai pengumpamaan, andaikan:

*glycogen adalah wang tunai (badan boleh menyimpan lebih-kurang 2000 calori at one time)
*lemak sebagai duit simpanan bank.
*makanan adalah sumber wang tunai.

...sebelum badan menyentuh duit simpanan (lemak) semasa cardio (seperti jogging), badan perlu menghabiskan wang tunai terlebih dahulu...

Sebelum badan menyentuh duit simpanan (lemak) semasa cardio (seperti jogging), badan Yanti perlu menghabiskan wang tunai terlebih dahulu . Ketika itu, badan akan membakar lemak!

Jadi camane nak bakar lemak badan?

One way adalah dengan memanjangkan sessi cardio (tanpa minuman sukan) so that at some point bekalan glycogen habis dan badan bermula membakar lemak. Tetapi ini agak memenatkan.

Dengan mengelakkan makanan/minuman berkarbohidrat 3-4 jam sebelum cardio. With that, badan akan terus mengunakan wang tunai yang sedia ada dan apabila memulakan jogging, wang tunai telahpun turn ke tahap yang lebih rendah dan at some point, badan terpaksa mengambil wang simpanan (lemak) sebagai sumber tenaga to support your activity.


              Jangan ingat artis tak joging tau...ne ha..Miley Cyrus dengan x-bf dia..
                                    semangat kot joging di samping insan tercinta...

Pengakuan:aku copy n paste je ne yang part explain pasal joging ne....hahahahhaah...malas nak tulis panjang-panjang...


Kredit to http://www.iluvislam.com..:)

Saturday, February 19, 2011

Menyesal

ala.....suspen jak tu....>_<..

 ini lagu baru 6ixth sense.oke.aku tak pasti baru ke tak sebab aku baru dengar
 lagu ne kat HOT.FM.Almaklum la aku ne jarang dengar radio...so tiba-tiba la pula 
 ada mood nak dengar radio.dan lagu ne pun berkumandang.so aku research la kat internet...:)

Saturday, February 12, 2011

Genting Highlands

Time cuti raya cina hari tu kami sekawan pegi la bercuti kat Genting Higlands...:)
Teman-temanku itu adalah Kay , Jo, dengan Kak Berth...sepatutnya Mey'll dengan
Fadzrul datang  sekali tp  kereta Fadzrul rosak la pulak.. merosakkan plan betul la...:(
Maka pada pagi 1/2/2011 kami pun bertolak pada jam 11 pagi menaiki LIMO..huhu...
bukan nak tunjuk kaya ek...tapi ne jak la kenderaan yang kami rasa selamat nak
naiki..almaklum la selalu jak bas express accident kat Selangor ne..so agak truama
ye dengan hal2 accident ne..:)

                                           Ne model Genting Highlands je ye..:)


 Nak gerak da ne p Genting

Kami kat sini 3 HARI 2 MALAM!!Kami  datang Genting ne sebenarnya
membawa misi kami iaitu bermain OUTDOOR ...tapi malangnya...
hujan la pulak..sangat sedih..T_T!!bukan aku ek...KAYREN je....
hahahhahahhaha....(sorry kay).. lain kali kita gi lagi ek....kesiannya nak
sangat bermain permainan OUTDOOR tu..

                                                     
                                       Time ne kayren bahagia lagi..

Dengan tidak terlaksananya impian kami itu....jadi nya kami pun meronda-ronda
jak la dalam bangunan tu...tempat yang tak sepatutnya jadi tempat bergambar
kami bergambar juak..hahhahahha....kiranya semua pelusuk INDOOR tu kami
                           jadikan tempat berposing jak la..lalalala....:)



 



                                   Membeli cenderahati untuk diri sendiri...