Follow Coach Lynda in Instagram @coach_lyndahbl

https://www.instagram.com/lynda_coachhbl/

Tuesday, February 22, 2011

Joging....tapi tak turun berat badan

Baru-baru ne aku selalu joging memandangkan dah ada teman nak g joging..siapa lagi kalau bukan JONETA...hihihi

Thanks Jo....:)

Sebenarnya aku selalu juga joging time Diploma dulu tapi yang peliknya berat badan aku tak juga turun-turun..
Setiap pagi hujung minggu mesti ada muka aku joging di padang FSR(Fakulti Sukan dan Rekreasi)..lain lagi hari-hari bekerja..oh...semangat aku nak turunkan berat badan time tu.Berat aku time diploma dulu 57 kg!!!memang tak seimbang dengan ketinggian aku yang just 148 cm je ne...T_T


                                    Aku joging pagi..time part 4 Diploma
                 time ne atiq la selalu jadi mangsa aku minta teman g padang FSR.

So masuk je sem 4 kat UITM PUNCAK PERDANA ne aku pun pasang la azam untuk turunkan berat badan tapi...tapi..before datang kat sini pun aku memang da lost weight pun....54 kg je....
jangan tanya kenapa yee sebab aku sendiri pun tak sedar yang aku ne da turun berat badan...hahahaha
tapi itu tak bermaksud aku tak akan joging sebab joging ne penting untuk memantapkan stamina kita...hihi..

Tapi kannnnnnn....

U all pernah terfikir tak...fikir sejenak...hihihi
kenapa walaupun kita joging bagai nak rak..hari-hari muka kita jee kat taman  tu yang sibuk-sibuk keliling padang sedangkan pegnhuni kat perumahan tu pun tak joging...hahhahahahha...


oke...oke....aku kata tadi joging bagai nak rak kan?kan?kan?tapi stiil juga berat badan sama tak turun..T_T
How sad........T_T
Nak tau sebabnya....ne ha sebabnya.....jeng..jeng...jeng...


Menurut Kevin Zahri..ala yang instructor femes tu

Sebab utama kamu yang di luar sana tu(termasuk aku la) tak turun-turun berat badan adalah kauorng tak tahu cara sebenar berjoging...ne bukan aku cakap oke...Kevin Zahri yang cakap....

KENAPA?KENAPA???KKKEEEENNNAAAAPAAAA????

1st---------Sebab anda tidak dapat mewujudkan kalori deficit (kalori masuk > kalori keluar).
2nd--------semasa sessi jogging, anda tidak membakar lemak tetapi glycogen.


Apa tu GLYCOGEN????

Ok badan kita mempunyai dua sumber tenaga: glycogen & lemak. Sebagai pengumpamaan, andaikan:

*glycogen adalah wang tunai (badan boleh menyimpan lebih-kurang 2000 calori at one time)
*lemak sebagai duit simpanan bank.
*makanan adalah sumber wang tunai.

...sebelum badan menyentuh duit simpanan (lemak) semasa cardio (seperti jogging), badan perlu menghabiskan wang tunai terlebih dahulu...

Sebelum badan menyentuh duit simpanan (lemak) semasa cardio (seperti jogging), badan Yanti perlu menghabiskan wang tunai terlebih dahulu . Ketika itu, badan akan membakar lemak!

Jadi camane nak bakar lemak badan?

One way adalah dengan memanjangkan sessi cardio (tanpa minuman sukan) so that at some point bekalan glycogen habis dan badan bermula membakar lemak. Tetapi ini agak memenatkan.

Dengan mengelakkan makanan/minuman berkarbohidrat 3-4 jam sebelum cardio. With that, badan akan terus mengunakan wang tunai yang sedia ada dan apabila memulakan jogging, wang tunai telahpun turn ke tahap yang lebih rendah dan at some point, badan terpaksa mengambil wang simpanan (lemak) sebagai sumber tenaga to support your activity.


              Jangan ingat artis tak joging tau...ne ha..Miley Cyrus dengan x-bf dia..
                                    semangat kot joging di samping insan tercinta...

Pengakuan:aku copy n paste je ne yang part explain pasal joging ne....hahahahhaah...malas nak tulis panjang-panjang...


Kredit to http://www.iluvislam.com..:)

No comments: