Follow Coach Lynda in Instagram @coach_lyndahbl

https://www.instagram.com/lynda_coachhbl/

Thursday, June 28, 2012

3 Idiots-IMPIAN

Hi awak!Mari la singgah jap baca entry ne.:D

Malam yang indah tapi sungguh membosankan memaksa aku meneroka folder2 lamaku yang mengandungi cerita2 movie yang best.Mesti la yang bestkan sebab aku da delete yang tak best.kuikuikui.Maka tertariklah aku dengan satu movie Hindi yang best.3 IDIOTS.Tak sangka aku masih ada ne movie.aku ne jarang nak simpan movie hindi selalunya mesti movie atau drama Korea.

Aku bukan nak cerita pasal jalan cerita ne movie sebab aku tahu aku adalah orang yang terakhir tahu movie ne wujud.hahaha.Thanx la kat Mey'll sebab dia yang kenalkan movie ne.

Aku awal2 tengok ne movie pelik betul dengan tajuknya ne.3 IDIOTS.kauorang tak pelik ka?mesti kauorang selalu berprasangka baik dengan orang aku ne selalu berprasangka buruk.Maaf la ye.Bagi akulah apa aku dapat lepas tengok cerita ne ialah ia berkaitan dengan tujuan hidup.Maksudnya pilih apa kau nak buat dalam hidup kau.bukan orang pilih.Pastu buat apa yang kau minat nescaya kau pasti berjaya!Jadilah cemerlang pasti Kejayaan akan mengejar kita.Hebatkan??Its make us realize how important is our dream.so make your dream alive now!

Kalau perhatikan betul2 jalan cerita movie ne macam banyak mengkritik tenaga pengajarkan?hahaha.cuba baca betul2 dialogue nya.Terutamanya part d mana c Aamir Khan di paksa mengajar.


Dari movie ne baru aku sedar memang kita sudah terlupa akan impian kita.dah lama ditinggalkan.lupa pasal impian.Tak gitu?

Ingat tak time sekolah rendah dulu cikgu2 selalu tanya nak jadi apa bila da besar nanti untuk di isi kat maklumat peribadi kita?Scriptnya lebih kurang macam ne.

Cikgu :cita2??
Murid A :Saya nak jadi doktor.
Murid B :Saya nak jadi polis (ko takde cita2 lain ke?)
Murid C :Saya nak jadi guru.

Pelikkan takde sesiapa nak jadi artis.hahaha.semua nak jadi orang cemerlang.Tapi tengoklah diri kita sekarang..Kita lupa,lalai dan terleka dengan kesenangan kita.Tapi aku sangat bersyukur sekurang2nya aku mampu berada di mana aku sekarang berada.Jadi mulalah mengejar impian anda sekarang sebab aku pun tengah kejar ne.:D

Aku paling tak tahan babak ne.Lucu weyh!macam realiti pula. (-_-).



Hey u!Listen here.
"To accomplish great things, we must not only act, but also dream.Not only plan, but also believe.
 by  Anatole France.
P/S: kalau tengok movie tu pastikan anda dapat apa sesuatu movie tu nak sampaikan.