Follow Coach Lynda in Instagram @coach_lyndahbl

https://www.instagram.com/lynda_coachhbl/

Thursday, April 12, 2012

Ombak Aaron Aziz



Aku sejak semalam tak sabar2 nak update and nak post pasal c Aaron Aziz ne!!!wahhhoooooo!!!Finally…BINTANG PALING POPULAR 2012 miliknya!!!
aku memang sokong sangat2!!aku da agak kalau bukan Aaron Aziz mesti Maya Karin..




siapa minat c Aaron Aziz sebab dia hensem??
hhmmmm…aku???aku minat dia sebab aku rasa dia antara artis paling macho d Malaysia.hahahahhahahha…..tapi bukan tu je aku minat dia pun sebab dia best berlakon.


But seriously aku tak pernah tengok cerita Maria Elena.aku confius sikit Maria Elena ke Elena je..hhmmm…diorang kata watak dia sangat2 romantik kat drama tu.well….of course la muka dia pun da  muka buat ko tak tido malam.ooppssttt…minta maaf ek kat wife dia .-_-…

Tapi kan banyak2 watak yang dia bawa aku paling tak suka kalau dia jadi gangster.Sumpah!aku tak suka sangat tengok.bukan apa sebab aku rasa tak kena sangat ngan diri dia.:D…sapa sokong aku??tapi kalau fikir balik maybe dia nak jadi artis versatill  so….biarlah..as long as ko bahagia cukuplah!lalala…..

Ne apa pasal la pula c Zed Zaidi ne tak puas hati??biarlah Aaron Aziz menang…dia tak pernah menang kot kat mana2 anugerah.btw..he deserved it!! 

Maya Karin menang tak pula c Zed Zaidi ne bising.


tau la ko nak membela nasib2 artis Malaysia tapi for me la..jadikan ia satu persaingan yang sihat.aku tengok kalau Zed Zaidi ne berlakon tak seberapa pun.hhmmm….sebab tu  aku tak berapa sangat tengok Filem Melayu kat panggung.bukanlah aku nak cakap yang artis Malaysia ne tak berkualiti.ada juga yang best..tapi jaranglah sebab tulah aku akan ke panggung kalau aku dengar komen2  yang positif dari penonton.kalau yang da tengok tu cakap kat aku “hey Lynda!ko patut tengok cerita Ombak rindu best gilllllaaaaaaaaaaa!!”than aku akan pegi..hihihi…ngan bawa mama aku sebab mama aku suka layan cerita Melayu.. entah la susah juga nak judge…biasalah…da kata pun manusia..kan manusia  tak perfect.:D

p/s:  .kenapa aku rasa..RASALAHHHH...c Syamsul Yusof hensem dari c Aaron Aziz.:D..lalalal.. 
p/s: gambar2 d atas aku semuanya dari cik google kite.:D ...aku xde kat Genting Highlands so xde yg original.:D

Friday, March 30, 2012

Tentang mereka, mereka dan mereka


Ne entry tentang abang,adik dan aku.

Kalau suka baca.kalau tak suka kena baca juga.:D

Siapa sini ada adik???sila angkat tangan…:D

Siapa sini yang kejanya asyik bertengkar ngan siblingsnya je??angkat tangan….

Siapa sini yang rasa dirinya lebih baik dari adik2nya??angkat tangan……

Siapa sini yang felt uncompleted bila adik2nya takde??.....angkat..angkat…angkat tangan.

Takde bezanya kita semua kat dunia ne…sama je..
Cuma mungkin bila antara kita adik-beradik tak bersefahaman or tak rapat.

As kami 3 beradik…nak kata tak bersafahaman..hhmmm…takde la juga.
Yang pastinya kami ne rapat even jarak umur kami agak jauh juga la.
Abang aku umur 25, aku pula 22 and adik aku 18..

kami pun selalu wrestling each other.
Kami bertiga ne memang rapat walupun abang aku da kawin tapi still felt like he not married yet.
Mungkin di sebabkan perangi dia tu yang gila2 dan menyakitkan hati sometimes.

I was remember.time aku kecik dulu kiranya darjah2 la.aku selalu di dera abang aku teman dia tengok Piala Malaysia.merayu2 supaya aku jangan tidur.kesian jugakan dia sebab takde adik lelaki.

Tapi masalahnya bila kami membesar…aku juga yang teman dia tengok Piala Dunia.punya aku menyampah!aku ne bukanya peminat dunia bola ne.nervous la tengok sapa menang.hahahaha.Kali terakhir aku temankan abang aku tengok bola ialah time Piala Dunia 2006.time ne da nak exam SPM.siap  merayu kat aku lagi tuk kejutkan dia sebab takut terlepas perlawanan bola tu.aku ne pula memang jadual aku study malam2.

Apa yang pasti…keja abang aku ne MERAYU….best ke dapat abang yang ada sifat cam ne?bagi aku best la..hihihi..dia teman kami bergaduh dia juga la yang membantu kami dalam kesusahan.
Adik perempuan aku???

Dia ne aku rasa paling femes dalam facebook.hairan juga aku..mana2  kami pegi kalau kat area kota kinabalu ne..mesti ada je remaja2 lelaki pandang2  pastu  panggil2 nama dia.tapi malu2 kucing la pula.tak nak show muka.BE A MAN la bro!

Aku ne memang selalu gaduh2 ngan adik aku ne.pastu tak sampai 5 minit gaduh baik balik.boleh2 pas gaduh dalam bilik kami boleh pula makan 1 pinggan d dapur.share 1 pinggan tu.hahahaha…bila di fikirkan balik…heran juga aku.mungkin itu sudah 1 sifat semulajadi dalam perhubungan adik-beradik.:)
Time kecik2 dulu.adik aku ne ya Allah pendiamnya!SILENT MODE gitu.sekali bila dia membesar macam mama orang.Ya Allah BISINGNYA!!sikit2 d tegur muncungnya punya panjang.membebel mengalahkan MAK dia sendiri!

Paling aku tak tahan dia ne selalu kata aku ne “PERASAN BAGUS” kunun.oh..well my beloved sister.aku memang bagus pun dari ko!hahahaha.

Akhir kata..love your family!ANDDDDDDDDDDDDDDDD.....



Thursday, March 22, 2012

Bila SPM..........................................


Kadang aku merindu untuk ke bangku sekolah semula.maybe ada yang tak suka untuk berada di sekolah.tapi bagi aku sekolahlah yang mengajar aku erti hidup remaja.di sana kita bertemu dengan kawan-kawan yang akhirnya menjadi kawan baik kita.

Memandangkan hari ne Sijil Pelajaran Malaysia di keluarkan.so aku pun apa lagi..teringat la gelagat kami time ambil SPM 2006.cepat betul masa berlalu.tak sedar masa berlalu begitu pantas.mengimbau kembali saat-saat bersama kawan2 seperjuang begitu manis sekali kenangan yang di cipta.mengalahkan orang yang tengah hangat bercinta.tahu kenapa?sebab masa itu takkan kembali.orang kata..eh..aku kata dan bagi aku CINTA BOLEH DICARI TAPI SAHABAT SEJATI SUSAH DI TEMUI.

Percayalah kepada adik2 yang baru sahaja mengambil result SPM sebab pastinya kamu akan berpisah dengan rakan2 anda yang lain.tidak kiralah best friend ke?friend ke?cinta monyet kamu ke?pasti susah untuk bertemu lagi.macam kami sekarang.kadang ada yang da kawin.so susah sangat nak jumpa.ada pula tu kawin ngan kawan sekolah.padahal dulu bukannya kenal sangat pun.tapi yang paling best ialah bila kawin ngan cinta monyet kita.hihihihi.bestkan??

Apa2pun…SPM bukanlah pengakhir bagi segalanya.SPM is just beginning of life.terlalu banyak lagi yang perlu di lalui.walaupun SPM ‘s result anda mungkin tak baik or setakat cukup2 makan je.ingatlah banyak lagi yang berjaya tanpa result yang cemerlang.