Follow Coach Lynda in Instagram @coach_lyndahbl

https://www.instagram.com/lynda_coachhbl/

Wednesday, October 8, 2014

Aku suka novel


Assalamualaikum.

Aku ada hobi yang sampai hari ne tak hilang & lenyap.Adakah anda tahu aku sangat suka baca novel cinta-cintu. Aku start menanam minat ini sejak tahun 6.bhahhahahha.Sebab aku suka baca novelah aku rajin baca buku untuk program NILAM.Memudahkan betul.zaman-zaman aku dulu mana ada sangat la budak-budak sekolah suka baca buku.usahkan baca pegang pun tak sudi.kecuali buku Teks sekolah.hahahahaha.tak tahu la lain tempat tapi kelas aku begitu la.:D
Cerpen-cerpen cinta aku memang berabis baca pastu sibuk berangan.hahahhahahha.baiklah aku harus akui aku memang suka berangan.hewhew.best pula tu berangan.Free je pun.
Tapi hari ne banyak sangat cerita novel di adaptasi ke drama.macam tak best.Nak tahu kenapa?sebab setiap pembaca ada imiginasi tersendiri tentang rupa watak-watak yang mereka baca.Kalau novel tu jenis yang emosi je mesti tak pasal-pasal aku pun join nangis.bhahhah.Tapi kat sini aku malas la nak upload-upload gambar novel-novel yang aku pernah baca.banyak sangat.huhu

Tapi sekarang ne aku luaskan genre pembacaan aku ke buku-buku berbentuk Self-Development.Best juga sebenarnya.Dengan  membaca buku-buku genre begini  sekali dapat improved diriku sendiri.Kat bawah ne antara buku-buku selfDevelopment yang aku baca.Moga kita jadi lebih baik dari semalam.





Tuesday, September 16, 2014

Throwback NCIP - Manila


Assalamualaikum.

Ini cerita tentang aku dengan kelab nutrisi.Kelab nutrisi adalah di mana mereka-mereka yang sukakan kesihatan akan bersosial.We talk about health everyday.Nutrition club ne bermula di Mexico.Jadi  untuk belajar lebih lanjut tentang kelab nutrisi telah membawa aku ke Manila selama 12 hari.

Tujuan utama ke Manila adalah untuk meghadiri NUTRITION CLUB INTERNSHIP PHILIPPINES selama 10 hari.10 hari tu memang hari2 training dari pagi ke petang.Every day is an opportunity to learn about Nutrition Club yang selama ini aku pandang sepi.Aku harus akui yang aku memang tidak berminat & terfikir pun pasal nak pergi NCIP ne walaupun ramai distributors kota kinabalu sibuk bercerita tentang NCIP.NCIP is great.NCIP makes my VOLUME POINT up.NCIP is Personal Development.NCIP is amazing duplication.Aku pergi HQ pasal NCIP.Aku singgah NC operator plan about going for NCIP.Until  Kak Wamie decided to go NCIP.So aku pun fikir balik2.Should I go or not.Akhirnya kak wamie gerak sendiri.Rasa amazing juga dengan kak wamie ne sebab dia berani pegi Manila tu.Memang la ada juga distributor lain tapi tanpa diriku & Sylla tidakkah dia sunyi & sepi sana.-.-“.Respect gila-gila Puan Nirawamie ne.

Finally.Aku decided untuk pergi .Lagi-lagi time ne aku join Nutrition Club aunty Liza di Kampung Likas tu.So aku fikir & fikir & fikir…baiklah aku pergi NCIP.Aku,Sylla,aunty Liza,Awang & Anuar adalah antara distributor yang pergi.Dalam belas2 juga la yang dari Sabah sertai sesi 9 NCIP APRIL 2014.Tu lain lagi yang datang dari area semenanjung.Paling best sebab group bulan April ne ada sekali No.1 distributor in Malaysia Kapt.Saiful & bebarapa leaders dari Malaysia.Inilah yang orang cakap never stop learning!Inspired dengan leaders-leaders ne.Ramai juga yang datang dari INDONESIA.


Maka kami pun menginap di hotel entah apa nama tu.bhahahhah.Serius lupa.Best juga hotel-hotel sana selesa walaupun kecik.Hotel kami tu dekat jak dengan tempat training.kira-kira dalam 10 minutes jalan kaki da sampai.Nasib baik aunty Liza pandai cari hotel yang selesa + murah + dekat dengan tempat training.


1st day kami da dapat tugasan sepanjang 10 hari berada.Kami  macam  masuk bilik kuliah.ada kad perlu di sign & assignment & kena pergi OJT – ON JOB TRAINING hari ke 7.Hari ke 1- 2 aku boleh tertidur sebab banyak cakap pasal company & products.Bahahhahahhahahha.Tambah dengan makan lagi.Tea NRG tu memang tak boleh nak selamatkan keadaan aku.Hahahhahahha.Bukan aku jak ramai je pun yang tertidur di belakang.Hari ke 4 & seterusnya memang takde la tidurnya sebab semuanya berkaitan dengan system Nutrition Club philipines atau  di kenali sebagai “Bayanihan System”.So aku focus & excited walaupun duduk belakang.:D

Banyak sangat belajar pasal kelab nutrisi di sana.Pasal system mereka yang di created by Teacher/Madam Marianne.Pastu pasal duplication Nutrition Club.Nutrition club sana cute & small & affordable.Tapi tak boleh suka-suka buka Nutrition Club sana .Mereka kena attend dulu NCIP & ADA PRODCUT’S RESULT & OJT di kelab-kelab tertentu.Maksudny kena belajar dulu selok-belok Nutrition Club baru boleh buka supaya bertahan selama-lamanya.Takde la 1 bulan buka bulan ke-2 tutup .Proses melahirkan Operator Nutrition Club yang berkualiti ne memang lama.

Ne mahu cerita pasal kami On-Job-Training. Kami datang tempat OJT tu jam 6am da gerak. Almost 2 hours juga la baru sampai.Jalan sana memang jam teruk sebab tu kena keluar awal.Kami ada dalam 10 orang OJT Angono Commercial Club.Owner dia Mill Team Madam Vilma Medina.Tugas kami 4 orang pergi meng-invite.Susah gila nak bercakap dalam bahasa tagalong & cakap bahasa  memang la aku ada basic bahasa tagalong ne tapi kadang nak cakap banyak tu susah juga.Kalau kita ”speaking” pun macam tak berfaham.British VS Amerika accent.bhahahhaha.Paling tak best bila asyik2 kena tanya If aku & yatie yang sama OJT dari Mindanao.Kamikan pakai tudung.Before ambil flyer aku mesti ada soalan-soalan ne.-.-'. Tak faham juga la kenapa maybe sana area  Non-Muslim kot so jarang jumpa orang-orang pakai tudung ne.Lepas berabis invited orang  Kami pun praktikal macam mana nak blend shake & timbang
& explain dengan orang pasal analisis badan ikut skrip NCIP .Ada juga yang share stories mereka yang da ambil 10Days program.Dalam pukul 12 pm baru kami balik & terus singgah ke HQ Herbalife Philippines. kami  Penat tapi berbaloi.:D




Nutrition club NutriShare

Kami balik ke Sabah pada hari ke 12.hewhew.Pastu semua sibuk fikir macam mana nak apply system tu di Sabah.Walaupun ada yang apply,ada yang tidak & ada yang langgar etika system NCIP ne tapi tidak apa as long as aku ikut system Insyallah pasti berjaya macam  Fatin Syahirah di Paka Terangganu tu.Inspire gila-gila dengan dia.Akhirnya,setelah aku mencari tempat untuk membuka NC selama dekat 2 bulan juga la.Aku berjaya temui tempat yang sesuai & harga yang berpatutan.Betul-betul nak ikut system NCIP ne.In Nutrition Club  Nutrishare = we share about nutrition,health & fitness.Nutrishare terletak di Putatan sebaris dengan CIMB Bank di atas kedai 1 STOP.Buka dari jam 7:30 am – 10 am & Isnin –Jumaat.So sesiapa yang mempunyai saudara mara berada di sekitar ini jemputlah datang ke kelab nutrisi saya.Sertailah Program 10 + 1 Hari & alami perbezaannya.Cehhwahhh..macam iklan di TV.k la baiiiii.:D

 NC Nutrishare :Tengah bersihkan

Saturday, August 30, 2014

KIKI is Kitty



Assalamualaikum.

Hari ini aku excited berkongsi pasal NEW FAMILY’S MEMBER kami.Walaupun hakikatnya aku tak suka & geli & in fact I’m not an animal’s lover but what to do I have to accept her.Her name is KIKI.I don’t know why my sister put that as her name.You know lah kan…kes KIKI & THE STERENG LOCK.So aku sangat-sangat pelik la bila dia letak tu nama.-.-.Bila aku tanya tiadakah nama lain selain KIKI??Dia cakap “Hello kak..aku da fikir nama ne before kes KIKI versi  manusia  tu muncul”.Baiklah.

Adik aku ne memang admired sangat dengan si BUTOD kucing Kak wamie.Sejak dia jumpa si Butod dia berusaha untuk cari kucing macam Butod.Terbayang-bayang muka Butod siang & malam.Sabar jak la aku.Tanya khabar si Butod.Macam gila bayang pun ya juga.bhahahhaha.Hari-hari check dalam page Facebook kalau-kalau ada yang nak jual kucing mereka.Last-last jumpa juga yang jual kucing spesis Parsi ne.Nun jauh sana di Kuching.Tunggu seminggu untuk mendapatkan anak kucing ne.Adik aku lagi dahsyat ketidaksabarannya.Hari-hari tengok short video anak kucing ne.Sampai je anak kucing ne terus dia nak pegi ambil di University Apartment Sepanggar.Akhirnya bertemulah mereka.


1st Day bertemu KIKI


Mari berkenalan dengan KIKI.Umur KIKI baru 2 bulan.Kami adopted dia belum pun sampi sebulan.Nanti 08 september ne genaplah dia sebulan bersama kami.Jangan tak tahu nama dia before ne BRITNEY.Bhahhahahhahahhaha.Nasib tiada SPEARS belakang nama dia.Patutlah penjual tu tak nak cakap nama dia depan-depan.kalau dia cakap mesti kami ketawa terbahak-bahak.bhahahhahahhah.Minta maaf KIKI bukanlah niat kami ketawakan anda tapi untuk pengetahuanmu nama itu nama artis favorite aku & satu dunia ne kenal dia.


KIKI ne betina tu la sebab aku da balik2 mention dia as SHE.Kiki is so adorable.Active.Small like you want to picat-picat her.Colour bulu dia orange.Kiki ne keturunan parsi tapi rupa dia macam MINECOON.So kita tunggu la dia besar baru nampak wajah sebenarnya.Kami pun  masih was-was juga.bhahahhahha.



Seriously.Payah jaga anak kucing  ne.Lagi yang jenis2 campuran ne.Macam jaga baby ada juga.Banyak aku belajar tentang kucing & tahu di mana ada kedai jual barang-barang kucing.Paling mantap aku jadi ahli untuk kedai kucing.Bhahahahhahah.Pengalaman ne.Banyak juga barang kelengkapan dia kami beli.Duit keluar pun banyak.

Beli sangkar dia yang untuk di bawa jalan2 tu da rm80.Pastu beli lagi sangkar besi untuk di rumah da beratus.Lain-lain keperluan lagi.Bawa pegi klinik haiwan.Before ne ada juga kucing yang kami pelihara tapi kucing tu kucing tempatan.Tak banyak songeh.Yang si KIKI ne aku macam kejutan budaya.bhahahha.Adik aku relax jeeee.Diakan pencinta kucing.Jadi dia da macam sedia + redha dengan kemungkinan yang perlu dia tanggung.Tapi takpe..memandangkan dia comel & melembutkan hati aku yang cepat panas ne so aku pun redha jee laaaa.


Sekarang ne dia tengah sakit.Sedih juga tengok dia.Demam + cirit-birit + tak makan & minum.Kesian.Sedih tengok dia kena suntik.pastu tidur jak dalam sangkar.Tidak bermaya.Bila la akan sembuh & active macam dulu.Adik aku lagilah sedih.Macam anak dia dah c KIKI ne.
 
Okeylah.Itu jee la pasal c KIKI ne.Doakan dia cepat2 sihat.:D